Negara kita sekali lagi digemparkan dengan kes pembunuhan yang tragis melibatkan seorang abang dengan ex- kekasih adiknya.
Berlaku pergelutan sehingga mengakibatkan si abang terbunuh di perkarangan tempat letak kereta di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu. Arwah yang merupakan seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal menimbang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Sungguh tragik.
Banyak yang menyalahkan si gadis kerana tidak mempercayai bahawa bakal suaminya itu sudah berkahwin. Si Abang yang penuh rasa tanggungjawab, ingin membuktikan bahawa pilihannya itu tidak sesuai dengan satu niat ingin menyelamatkan adiknya.
Secara personal pendapatku,
Dalam kes ini, bukanlah salah si adik jauh sekali si abang. Secara jelasnya, penerimaan sang lelaki yang juga bakal suami si gadis tersebutlah yang perlu dipersalahkan.
Secara logiknya, seorang perempuan yang sedang dilamun cinta sudah tentu tidak mempunyai pertimbangan yang baik lebih-lebih lagi bila melibatkan 'buah hatinya'. Namun, ketentuan Allah itu membuka segala-galanya.
Aku teringat kata-kata abangku pada masa lalu,
" Kau berhati-hatilah dengan lelaki yang sudah berkahwin atau pernah berkahwin. Ayat-ayat mereka sangat 'ampuh'."
Terbuktilah apa yang dikatakan oleh abangku ini benar. Tindakan yang dilakukan oleh si abang aadalah ingin melindungi adik perempuannya daripada ditipu oleh lelaki yang mementingkan diri sendiri.
Apa pun, tenanglah arwah disana. In sha allah, beliau terlepas didunia, tetapi tetap tidak dapat lari daripada hukuman Allah di alam sana.
Saya teringat akan abang-abang ku yang banyak memberi nasihat dan mengambil berat akan diriku yang masih terumbang ambing ni.
Semoga Allah membalas segala jasa mereka dengan rahmat dan rezeki yang tidak terbatas.
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid"
(Hadis Riwayat Ahmad)
Ingatlah gadis-gadis di luar,
CINTA memang mengasyikkan,
CINTA mampu menjadikan perkara tidak mustahil kepada mustahil.
CINTA mampu memberikan kekuatan.
CINTA mampu menawarkan kedukaan.
Tetapi ianya adalah CINTA pada Allah.
" Manusia semakin kita meminta, semakin mereka membenci,
"Allah, semakin kita meminta kepadaNya, semakin Dia menyukai"
Semoga hikmah kejadian ini memberi peringatan kepada diriku dan dirimu juga.