Resepi Mudoh!

Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang
===========================




Bahan-Bahan:

Ikan patin- seekor (potong 4/5)
Cili padi (ikut tahap kepedasan)
Tempoyak ( 2 senduk)
Daun kesum ( 1 ikat)
Garam
Gula
Ajinomoto (terpulang)



Cara Memasak:


1. Bersihkan ikan dan potong kepada 4/5 bahagian (ikan saiz sederhana).

2. Sediakan periuk. Isikan air separuh. Masukkan ikan patin yang telah dipotong.

3. Tumbuk cili padi sehingga lumat.

4. Masukkan tempoyak, cili padi yg telah ditumbuk/dikisar ke dalam periuk.

5. Masukkan daun kesum yang telah diasingkan daun dengan batangnya. Jangan lupa basuh dulu okk..


6. Isikan garam, gula & ajinomoto.

7. Biarkan masak selama 10 - 15 minit. cek ikan jika sudah masak.

8. Masakan siap. Hidangkan.


p/s: Makan dengan nasi putih panas-panas memang sedap gila!
Confirm bertambah.


Ok, Selamat Mencuba,

Untuk pengetahuan semua, ini adalah cara masakan original daripada temerloh pahang.







Sambal Hitam Pahang
================

Bahan-bahan:


Ikan Bilis (dicarik/ditumbuk)
Belimbing Buloh yang telah dikeringkan airnya (berwarna hitam)
Cili padi
Bawang Merah
Bawang Putih
Garam
Gula
Minyak Masak
Ajinomoto (jika mahu)
Kicap ( jika mahu)



Cara Masak:

1. Ikan bilis di bersihkan dan ditumbuk separa hancur. Tidak terlalu hancur.
2. Tumbuk belimbing hitam sehingga hancur & tambahkan cili dan tumbuk hancur. (Kepedasan mengikut individu)

3. Tumbuk lumat bawang merah & putih. Campurkan sekali cili & belimbing tadi. Lebih lumat lebih baik.


4. Panaskan  minyak, tumis bahan yang ditumbuk lumat. Pastikan ianya masak.

5. Masukkan ikan bilis dan kacau sebati.

6. Hampir separuh masak, masukanlah garam, gula, & (kicap sedikit serta aji - jika mahu sebagai penambah rasa)


7. Jangan terlalu lama ya, bimbang sambal bilis menjadi keras.

8. 10-15 Minit, sambal hitam tadi diangkat dan dihidangkan didalam piring.


Sedia untuk dimakan.



Selamat Mencuba!


p/s: Sambal Hitam Pahang yang tulen, tiada ditambah dengan kicap.









KEROPOK LEKOOR
==============


Aku pun follow resepi dari facebook. Tak ingat resepi dari siapa. Apa pun, memang senang nak buat. Trylah okey?


Bahan-Bahan:


Ikan Selayang/Sardin
Tepung Ubi
Ais Ketul
Garam



Cara Buat:

1. Asingkan isi daripada tulang belulang. Dapatkan isi sahaja ya.

2. Masukkan isi ikan, garam sedikit & ketulan ais dalam blender then blend. Blend sampai lumat.

3. Bila dah siap, letak dalam sebuah bekas dan gaulkkan dengan tepung ubi. Gaul sampai sebati.
Kalau nak rasa lebih isi ikan, kurangkan lah tepung.

4. Bila dah siap, sediakn talam dan taburkan tepung. Ulilah doh ikan tadi macam bentuk keropok yang biasa kita tengok tu.

5. Siap. Panaskan air dan rebus seketika keropok yang telah siap diuli.

6. Bila sudah separuh masak, angkat dan toskan. Letak tepi biarkan sejuk dahulu.

7. Boleh juga dimakan begitu sahaja atau goreng.

8. Hidangkan dengan sos dan sedia dimakan.


Yummehh!

Nah aku belanja uolss gambar keropok yang aku dah pernah cuba. Maybe rupanya tak comel tapi rasanya in sha allah Hihi






No comments:

Post a Comment