I'm Happy Today!


"KABUS HITAM"



Kabus hitam yang selama ini mengelabui hidupku setelah bertahun-tahun baru aku sedar akan kesahihannya.


Kabus hitam ini yang dibuat dengan satu niat 'kelam' untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri. Ya, ada mulanya aku tidak percaya. Zaman moden yang telah jauh meninggalkan praktis kegelapan yang bermula sejak zaman Nabi Sulaiman. Rupanya masih wujud. masih ada manusia yang masih membelakangkan agama.


Semuanya bermula dengan niat yang bersahaja dengan ajakan seorang sahabat ke sebuah spa kecantikan di ibu kota. Yup, spa- perempuan memang tidak dapat di elak, bukan? Wanita memang suka akan kecantikan. Seperti dijanjikan dengan Kak Sha (pemilik spa), tiba giliran untuk mencuba mandi aura bunga. Kononnya hanya untuk naikkan seri. Tenangkan fikiran dan keletihan badan. Itulah pertama kali, aku jejakkan kaki ke spa & tercetusnya punca kepada permasalahan diri aku seterusnya.


Semuanya kerja Tuhan.


Kita merancang, tapi Dia lebih mengetahui baik buruknya. 


Setelah beberapa tahun ketika itu, tersingkap satu rahsia yang aku sendiri tidak mengetahuinya. 

Soalan yang membuka mata hatiku,


"Hati awak ni di 'block' dari orang yang ada menyukai awak".

Aku tergamam. What?

"Selama ni awak tak nampak orang yang sukakan awak dan sebaliknya."

Aku termagu. Mataku pantas berputar. Segala yang dikatakan oleh Kak Sha ada benarnya. 



Effectnya bukan sahaja menutup pintu hati tetapi turut menutup pintu rezeki.


Sesungguhnya tiada yang berkuasa selain Allah.

Pada masa, kita sentiasa merintih, Dia mendengar.



Untuk wanita/lelaki diluar sana, yang mempunyai masalah yang sama, saya gembira untuk berkongsi amalan yang dikongsikan kepada saya. In sha Allah, sebarang masalah dalaman dapat diselesaikan dengan usaha dan istiqamah dari diri anda semua. Usaha jangan putus asa.



1. Buang perkara yang tidak elok dalam diri kita:
===================================

Sediakan air. (jug/botol)

Bacakan ayat-ayat ini dengan rasa yakin dan percaya.


Al Fatihah (1x)
Surah Al- Mukminum (ayat 115-118 - 3x)

Tiup pada air dan terus tutup.


Bila nak minum, bacalah dulu:

Selawat atas nabi - 3x
Niat (Ya Allah, buangkanlah benda yang tidak baik didalam diriku dll)
Minumlah.

p/s: Amalkan selalu, Buatlah selalu dan simpan air ditempat yang selamat. In sha Allah, jika ada bend ayang tidak baik, akan keluar in sha allah.



2. Amalan Ayat Kursi: Benteng Diri
=========================

Pesanan abangku.

Amalkan ayat Kursi sebanyak 44 kali setiap hari.
Niat buang yang tidak baik dalam diri.


Perumpamannya adalah: Diri kita seperti sebiji  mentol bernyala. Mentol jika bernyala semakin lama, semakin panas. Semakin panas, kita tidak mampu memgangnnya.bukan? Begitu juga dengan diri kita.

Semakin kita amalkan dan sebati dalam diri, in sha allah, segala perkara yang tidak baik, etc: sihir/niat jahat dll tidak mampu mengusik diri kita dengan izin Allah.


Wallahualam.


Semoga bermanfaat.







"10 TAHUN BERLALU PERIT, MOGA AKAN DATANG LEBIH BAIK"



Jika 10 tahun lalu, aku dalam sedar tak sedar, sebenarnya mencari-cari cahaya dalam gelap. Masih merangkak mencapai cahaya yang boleh memimpin tanganku ke jalan yang betul.


Alhamdulillah...jauh di sudut hati, fikiranku agak tenang sekarang. Namun, masih banyak yang perlu dikejar dan dirancang untuk kehidupan akan datang. Aku kembali menjadi seperti diriku yang dulu.


^ Kembali Fokus
^ Perasan bertimbang rasa
^ Menjadi Happy Go Lucky
^ Cuba Memantapkan lagi Pendirian
^ Independent? masih berusaha.


Aku kini masih kena struggle. Struggle untuk berjaya.

Target & Niat:

BERJAYA DIDUNIA & AKHIRAT.



Aminn..In sha Allah..




1 comment:

  1. Tips yang berguna. Didoakan supaya Cikpuan bebas dari anasir kurang baik.

    ReplyDelete