Sabtu - cek!
8.45 malam - cek!
Oppss! ok, aku dah terlambat, Jam sudah pukul 8.15 malam. Ok, need to go now. Aku dah janji dengan seorang kawan nak pergi tengok DANGAL malam tu. Bawak kereta memang mencilok kiri kanan. Damn, masuk MRR2 menghala ke Wangsa Maju, jamm...
Aku tengok jam, lagi 5 minit bhai. OMG. Ok, on the first date, aku lambat. Biasanya aku yang menunggu, Tapi kali ni, sorry bro, tak plan dan tak sangka jadi macamni. Nasib dia cool, Aku tunggu dia di tepi stesen LRT. Nasib dia cool orangnya. Memandangkan jam sudah pukul 9.15 malam, kami decide pergi lepak dulu sambil minum-minum. Plan tukar dari jam 8,45 ke 11.30. Tiket akhir malam tu.
Macam biasa, aku order air. Malu-malu masing-masing padahal dalam whatsapp, bukan main kelaur semua perangai gila-gila. Ok, Borak punya borak, kitaorang gerak ke Mall. Ramai lagi manusia waktu ni.
Terus naik dan ke kaunter. Yes, panggung hampir full, Kami menghela nafas panjang.
Cerita bermula, Hehe
Memang aku teruja gila!
Amir khan transform body dari watak ayah-ayah kepada lelaki umur 30-an kot. Pergghh! Kagum gila. Dalam masa 5 bulan je.
Perasaan aku masa tu, tak terkata. Tekun - Fokus - Tergelak - memang santai cerita dia.
Watak Amir Khan dalam tu digambarkan sebagai seorang ayah yang mempunyai cita-cita & hajat yang masih belum kesampaian. Dihatinya penuh dengans emangat nasionalisme - sayang akan negara. Tapi, cita-citanya hanya akan dapat disambung oleh anak lelaki dalam keluarganya.
Tapi, nasibnya bukan seperti yang diharap, 4 orang anak perempuan. Kelakar bila smeua orang kampung turut cuba membantu. (Hahaha). Yup, cerita dia buat aku tertunggu-tunggu. Memang tak jemu. Sentiasa ada 'suspen' yang menghiburkan.
So far, aku memang tak dapat nak tahan air mata ni dari mengalir. Seriously, memang menusuk kalbu.
Especially start pada scene:
1) Ayah Geeta cuba bercakap dengan coach tu pasal Geeta. Tapi dengan angkuhnya, coach tu mendabik dada depan ayah Geeta.
2) Geeta balik dan ada scene dia cuba tunjukkan ajaran coach die yang terbaik. Memang menusuk kalbu. Dapat rasa perasaan seorang ayah yang 'koyak' dengan ego si anak.
3) Geeta menangis tersedu-sedu tak mampu nak bercakap dengan ayahnya. Sebab dia tak berjaya menang pingat sedangkan dia seorang juara peringkat negeri dan satu-satunya gustiwanita yang mampu kalahkan lelaki dewasa,.
4) Scena paling touching hati aku, masa ayah geeta kena kurung dalam bilik stor oleh pekerja coach yang jahat tu.
Seriously part ni yang paling touching. Mengalir air mata aku tak henti.
Sebab aku bayangkan, ayah aku kena macam tu, Sedih..plus nak marah!
5) Paling tak tahan, aku rasa nak menjerit & melompat dalam panggung bila Geeta menang! Hahaha seriously, aku pula yang excited beb!
Tapi ending yang simple dan sangat menyentuh hati semua. Bila si ayah ucapkan juga kata-kata yang akan dihargai oleh si anak. "SYABASS!".
Aku balik malam tu, dengan perasaan HAPPY sangat-sangat tau.
Tak tahulah sebab dapat tengok cerita tu ke, atau sebab date yang tak dirancang. Haha
Apa pun, aku happy malam tu.
Tak mustahil DANGAL cerita TERBAIK 2017 setakat ni! 1-5, aku bagi 6+!! :D
Siapa yang tak tengok lagi, bawaklah anak-anak pergi tengok. Penuh dengan mesej dan nasihat berguna,
TQ AAMIR KHAN PRODUCTION.
YOUR'RE THE BEST!