Thursday, December 29, 2016

Penutup Tirai 2016

Dah nak masuk Tahun baru.


Wow, sekejap je masa.

2017 tahun serba baru ok.


Jadikan 2017 batu loncatan. Loncatan yang menentukan nasib kehidupan kita.



Jika 2016, segalanya hitam lesu
Jadikan 2017, segalanya cahaya terang


Jika 2016, mood sentiasa keruh
Jadikan 2017 mood sentiasa tenang & positif



Jika 2016, sentiasa berdendam & memendam rasa,
Jadikan 2017, sentiasa memafi & Melepaskan.




Semoga 2017 pembuka segala hal,

In sha allah.. :)


Senyum sikit.

Monday, December 26, 2016

Tragedi Membawa Hikmah – Epi 7

Seperti yang dijanjikan, kami balik kampung. Bacaan Yassin 41 perlu dibuat! By hook or by crook, mesti dilaksanakan. Sepatutnya plan asal memanggil ustaz dari seremban tu datang bersama anak buahnya. Teteapi tiada rezeki memandangkan, beliau ada kekangan masa.



Tak mengapalah. Aku sampai ke kampung lewat petang. Kelihatan beberapa keluarga sudah sampai. Kakakku memberikan rantai tangan kepadaku. Rantai tangan itu dibuat daripada Kayu Kokka. Katanya, benda halus ni tak suka akan bau kayu kokka ni. Jadi, aku pun pakai jelah. Aku menghampiri ayahku lalu cuba untuk berkomunikasi dengannya. Tetapi tiada jawapan. Dia hanya diam membatu. Aku memakaikan gelang kayu kokka itu ke tangannya. Mudah-mudahkan, asbabnya dapat membantu dalaman ayahku serba sedikit.



Lepas maghrib, kami mulakan. Aku, kakakku dan 2 orang anak saudaraku. Kami duduk mengelilingi ayah dan mula membaca Yassin. Kakakku membisikkan ditelingaku, badan ayahku panas. Panas seperti terkena demam panas ataupun berjemur di bawah matahari. Aku memegang kejap lengan ayahku. Benar! Memang panas. Aku dan kakakku memandang sesama sendiri. Kemungkinan ia mula bertindak balas.



Teringat apa yang ustaz tu bagitahu,
“Bila kita mula membaca, benda tu akan bertindak balas. Dia akan mengamok. Sebab ia akan rasa panas dan akan keluar.”


Mungkin itulah yang berlaku.



Hampir setengah jam, kami habis membacakan yasssin 41. Sepanjang pembacaan kami, kakakku kata, ayah semacam resah dan gelisah. Tetapi tiada suara terkeluar. Hanya memek mukanya yang seperti tidak selesa. Aku kembali memegang lengannya, masih panas. Kami membiarkan terlebih dahulu supaya dia bertenang seketika.


Setelah 2 jam lebih, selepas siap makan malam dan semua, aku kembali ke sisi ayahku. Aku memgang kembali lengan kirinya. Panas sudah berkurangan. Cuma agak pelik sebab, bermula dari pergelangan tangannya hingga ke hujung jari sahaja yang masih panas. Betul-betul bermula di bawah rantai tangan tersebut.


Aku biarkan sahaja rantai tangan itu ditangan ayahku. Malam itu, aku berjaga malam. Badan ayahku kembali panas. Aku ambil tempreture checker. Hmm..36.5 tak demam kalau ikutkan. Aku kembali ke dapur dan mengambil kain tual kecil serta besen aluminium. Aku isikan air sejuk dan dicampur sedikit dengan air bacaan rukyah dari ustaz tersebut. Aku tuamkan seluruh badannya. Akhir sekali, aku tuamkan kepalanya. Jam menunjukkan pukul 3.20 pagi. Lagi sekali aku cek semula tempreture badannya. Suhu mencapai 37.5 darjah celcius. Aku tuamkan lagi.



Alhamdulillah..badannya kembali sejuk sedikit. Sesekali dia batuk berterusan. Dadanya aku tutupkan dengan tuala kecil. Jika diselimutkan pun, ayah akan tolak ketepi kain tu. Panas katanya.



Jam dah masuk pukul 6. Mata aku pun dah rabak. Yelah, balik kerja terus gerak balik kampung, Penat tak hilang lagi. Akhirnya aku tertidur jugak atas kerusi sebelah ayah.


(bersambung)



Wednesday, December 21, 2016

Tragedi Membawa Hikmah – Epi 6

Semakin lama, keadaan ayah seperti tidak ada progress. Hasil dari usaha kakakku meminta pertolongan seorang lelaki, bernama Wak, beberapa usaha dibuat untuk memulihkan kawasan kedai dan juga keadaan ayahku. Alhamdulillah, selepas dilakukan, keadaan ayah nampak sedikit perubahan. Tambahan lagi, abangku juga mencuba perubatan dari Kelantan. Alhamdulillah, keadaan ayah semakin nampak perubahan. Dia sudah mampu bercakap walaupun kadang-kadang tidak difahami maksudnya. Namun, responnya Alhamdulillah.


Sekarang, ayah cuma mengalami masalah batuk yang berpanjangan. Kadang kala, batuk bersama kahak yang banyak. Alhamdulillah, sekarang dia sudah mampu untuk membuang kahaknya.

Namun, kadang kala tangan kirinya berpeluh dan sejuk. Kami masih cuba berubat sehingga beliau pulih. Usaha kan yang penting. Namun, kami sekarang mengalami masalah ayah mula meracau, mudah marah dan mulutnya tak henti-henti bercakap.


Daripada butir percakapannya, dia mula bercakap dalam bahasa cina, cakap mengenai perang, agenda, propaganda, sejarah dan lain-lain. Kadang-kadang, ada di antara percakapannya, mengguris hati emak dan abangku. Namun, kami cuba jernihkan keadaan, iaitu keadaannya itu bukanlah keadaan sebenar ayahku.


Dugaan kami semakin besar apabila, dilihat keadaannya menjadi semakin tidak keruan. Seolah-olah, dia bukan dirinya yang sebenar.


Kakaku sudah bertanya kepada seorang Imam di tempat tinggalnya. Ini intipati yang hampir dengan apa yang diberitahu oleh imam tersebut.


“Ayah kamu ni, ada menyimpan barang lama. Keadaan dia memang kritikal, Tak boleh dibiarkan lama. Kena ubatkan cepat. Sekarang ni, saka ni sudah keluar masuk dari badan dia. Yang dia selalu meracau dan marah-marah tu bukan dia sebenarnya. In sha allah, kita boleh ikhtiar dengan Yassin 41. Cuma, awak sekeluarga kena redhalah. Apa jua yang jadi selepas ni, kena terima. Sekarang ni keadaan dia hanya ada 2 je, samada saka tu keluar dan dia sihat atau dia akan pergi. Adik beradik awak kena hati-hati. Sekarang ni, saka tu mencari waris yang paling rapat dengan ayah awak ni. Banyakkan amalan dan berzikir. Waris Lelaki”



Ya, kami memang kena redha, daripada dia terseksa macam tu. Walaupun jauh dari sudut hati..
(bersambung)

Tuesday, December 20, 2016

Tragedi Membawa Hikmah – Epi 5

2010 yang lalu, itu kali ketiga, ayahku terkena strok. Ketika itu, aku sedang belajar di Universiti Malaya tahun ke-2. Aku ingat lagi, seminggu sebelum itu, wajah ayahku sentiasa terbayang di ruang mata. Entah kenapa, sehinggakan terbawa dalam mimpi. Tetapi, dek kerana jadual yang padat aku lalai untuk menelefon kampung. Walaupun niat begitu kuat.

Ketika aku berada dalam kelas Bahasa Inggeris, kawanku menyiku aku yang sedang fokus menelaah tanpa disedari telefonku bergetar. Kebetulan aku meletakkan ia dalam mod senyap. Aku lihat, sebanyak 10 misscalled daripada abangku. Hatiku berdetak. Aku menekan mesej yang terpapar. Subahanallah, sungguh tak ku sangka. Ayahku sakit. Abangku dalam perjalanan ke kolejku. Terasa badanku bergetar. Selepas mendapat kebenaran, aku menapak laju menuju ke kolej kediaman.

Dipendekkan cerita, kami sampai di hospital pada jam 9 lebih malam. Lebih kurang 11 malam, ayahku dibenarkan pulang. Rupanya yang lain pun sudah sampai. Ketika inilah, ayahku mula terkena gangguan. Kami semua tidur nyenyak memandangkan keletihan baru  balik dari kerja.

Tepat jam 3 pagi, kakakku mengejutkan aku dan mengatakan ayah dah mula kena. Aku yang masih mamai, hanya mengikut sahaja dia kea rah bilik ayahku. Ketika itulah, suara dan matanya sudah berubah. Bukan lagi dia.


Matanya merah. Galak memandang orang yang berada disampingnya. Dia cuba bangun namun kembali terbaring. Berkali-kali dia cuba bangun. Mulutnya mengumam sesuatu. Kadang kala, kelihatan lagaknya seperti anak kecil. Ya, anak kecil.


Entah bagaimana, abangku yang baru bangun tidur, menapak ek  pintu bilik ayah lalu memandang ke dalam. Tiba-tiba, dia seperti terkena sawan dan hampir terjatuh ke belakang jika tidak disambut oleh aku dan kakakku ketika itu. Dalam masa beberapa saat, dia kembali tersedar. Kelihatan dari raut wajahnya yang tidak selesa.

" Kenapa ni?" soalnya sambil cuba bangun semula.
"Aok macam tak sedar tadi. Hampir nak jatuh" ujarku.

Mak memanggilku dan menyuruhku mengambil air sembanyang dan membaca yassin. Selang 10 minit, aku duduk disebelah emak dan mula membaca. Sedang aku emmbaca, mataku seseakli memandang ke arah ayahku di hadapan kami. Mataku bertentang dengan matanya. Apa yang aku dapat lihat adalah dia hanya tersenyum memandangku. Aku perasan, sedang aku membaca sepertia da sesuatu yang cuba menyekat kerongkongku, Membuatkan aku sukar untuk  menghabiskan bacaan Yassin. Aku cuba dan memaksa juga diri menghabiskan bacaan. Alhamdulillah, selesai juga, Mungkin kerana aku tidak fokus kepada bacaan tu.


Ayah kembali tenang, Abang-abangku sudah bertenang. Kami memutuskan supaya dia dibiarkan rehat buat sementara. Jam ketika itu menunjukkan pukul 5 pagi.

Semestinya, mata-mata kami semuanya 'rabak'.



Situasi sekarang:

Bermula cuti sekolah 2016, kakakku buat keputusan untuk tinggalkan 2 orang anaknya dikampung. Membantu mak aku menjaga atuknya. Ringan sedikit beban makku.

Sepanjang dikampung, keadaan ayahku memerlukan 100% sokongan penuh dari anak-anaknya. Tidak mampu bergerak walaupun untuk makan sekalipun. 


Sejak ayah dipindahkan ke rumah, semakin ramai yang datang menziarah. Orang-orang kampung, kenalan-kenalan lama ayah dan sanak saudara. Tidak lupa juga, orang-orang kampung mengambil inisiatif untuk membuat bacaan Yassin beramai-ramai setiap kali selepas waktu Asar. Alhamdulillah. Setiap petang, dikhabarkan, Pak Andak Talib, kawan rapat ayah yang juga selaku bekas Imam 1 kampungku, sentiasa tidak putus melawat ayahku setiap petang sambil membacakan yassin. Subhanallah, semoga Allah membalas segala jasa baiknya.

Keadaan kembali digemparkan dengan insiden yang melibatkan anak saudaraku.

Ada suatu ketika, anak saudaraku Dirah, berjaga malam. Ketika itu, dia ternampak kelibat hitam di ruang tamu-1. Dikhabarkan 2 malam, dia dapat melihat makhluk tu. Malam seterusnya, respon ayahku seperti melihat sesuatu. Mata kirinya sahaja yang berlegar-legar melihat ke atas.


Aku tahu, anak-anak saudaraku itu cukup kuat untuk menghadapi semua tu. Aku mula risau apabila ayahku sudah mula meracau.


Ya. Meracau dan tidak mampu nak tidur waktu malam. Masuk minggu kedua, kakakku membawa balik anak-anaknya dan diganti pula dengan kakak ipar sulungku dan seorang anaknya. Merekalah yang membantu mak aku menjaganya sehingga sekarang.


Tanpa kami duga, semakin banyak perkara yang tidak mampu dijelaskan dengan kata-kata dan logik akal.

Sesungguhnya Allah jualah yang lebih mengetahuinya.




Tragedi Membawa Hikmah – Epi 4

5 hari di hospital, akhirnya doctor benarkan juga ayahku pulang ke rumah. Antara dua keadaan je, telah hatiku. Pertama, mereka tak mahu keadaan ayah makin teruk disebabkan dia hanya terbaring saja atau memang sebenarnya dah tak boleh nak buat apa-apa dah.


Keadaan masa tu memang agak kelam kabut. Mana tak kelam kabut, memang apa yang jadi, dalam keadaan tidak diduga. Kedudukan kewangan kami pun tidaklah stabil. Cuma apa yang boleh buat, kami berserah saja dan bertawakkal. Allah jugalah yang membantu.


Beberapa peralatan perlu disediakan seperti katil (mobile) macam katil hospital tu, BP Checker, Oximeter, Susu Ensure, Pampers, dan beberapa lagi yang lain. Tapi dengan apa yang berlaku ni, memang Allah nak duga kita. Masa inilah, peranan anak-anak. 100% kena give and take. Alhamdulillah, abang dan kakak aku walaupun ada limit yang perlu dikawal especially duit, tapi semuanya Allah permudahkan.. Alhamdulillah.


Hampir nak masuk 3 minggu. Ayah masih seperti biasa. Mata kirinya sudah nampak perubahan. Dia mampu mencelikkan matanya. Mata kanan tetap macam biasa. Tak ada perubahan. Tangan kirinya juga masih kaku. Sejuk dan berpeluh terutamanya bila masuk waktu petang ke malam.


Perutnya kembali kembong. Nampak besar dari biasa. Kelihatan dari raut wajahnya, dia menahan rasa sakit. Sesungguhnya, ketika itulah dugaan sangat berat. Emakku sudah tentu tidak mampu nak buat apa lagi. Dia berserah sahaja. Aku tahu, dia sangat letih. Letih dari segi emosi dan fizikal. Kali ini, memang ayah kami dalam keadaan paling teruk yang pernah dilaluinya.


Kami berbincang untuk berubat secara tradisional. Kami ada merujuk kepada ustaz-ustaz, imam dan individu yang ada kelebihan dalam mengubati orang sakit secara ghaib. Seperti yang kami sedia maklum, sememangnya keadaan ayahku ini, bukan sekadar strok semata-mata.



Rata-rata yang ditanya, mengabarkan bahawa ayahku ini bukan terkena strok tetapi sesuatu yang ghaib. Puncanya daripada tapak rumah kedai tersebut. Ya, ayahku terkena kejang badan ini selepas dia pulang dari meninjau kerja-kerja memasang pintu di rumah kedai tersebut. Tanpa diduga, keadaannya ini semakin teruk apabila dikhabarkan ianya bercampur dengan saka dan sihir.


 Nauzubillahiminzalik!

Saturday, December 10, 2016

Tragedi Membawa Hikmah - Epi 3

Jam ketika itu menunjukkan pukul 8 lebih. 


Aku mengosok-gosok  mataku yang sememangnya kelesuan. Kak yah turun dulu ke kafeteria selepas kami siap salinkan pampers ayah. Nurse-nurse pun sudah menukar cadar, dan kelihatan ayah sedang berehat dengan tenang. 


Aku menumpukan perhatian kepada skrin handphone. Status-status facebook di laman muka buku ini hanya di scroll laju. Sesekali aku menoleh memandang ayahku. Ada ketikanya, tangan dan kaki sebelah kanan bergerak naik turun. Mungkin mendapatkan ruang dan suasan yang selesa.


Tangan sebelah kirinya sudah membengkak akibat drip yang doktor pasang tak berfungsi dengan baik. Aliran darah tangan kirinya tidak normal. Jika ayah boleh bercakap, sudah tentu dia mengamuk macam sebelumnya. Aku hanya menghela nafas panjang. Kesian juga ayah aku ni.


Tidak lama kemudian, kak Yah naik dan memberitahu kakakku seorang lagi sampai. Memandangkan waktu pagi masih belum dibenarkan pelawat ramai, aku pun mengambil keputusan untuk keluar dahulu. Sampai di pintu utama wad, aku terserempak dengan kakakku itu. Kami bersembang seketika. Aku ada memberitahu beberapa situasi ayahku dari malam 1st dia dipindahkan ke wad biasa sehingga sekarang, keadaannya yang aku kira bukan satu keadaan yang normal.

Itu telahan hati aku, Jauh dari sudut hati aku, ada sesuatu yang tersembunyi dari mata kasar.



Akakku pun bergerak masuk. Aku yang mula rasa letih, ambil keputusan untuk duduk melunjurkan kaki sambil bersandar pada dinding. Ya, hospital satu-satunya yang tidak menyediakan kerusi untuk pelawat. Aku kembali mengadap handphone. Selang dalam 20 minit kemudian, kelihatan kedua-dua kakakku kelihatan berjalan tergesa-gesa ke arahku.

Dengan raut wajah mereka yang cuak, aku hanya menunggu ceritanya.



"Weyh kau nak tahu tak. Tadi aku tegurlah ayah. Aku cakaplah 'Ni Ani ni. Ayah bukalah mata'. Kau kata, ayah tak boleh bukak mata kan?" soalnya memandangku tepat.

"Haa la..Doktor suruh bukak mata pun dia tak bukak. Kenapa?"

"Aku mintak dia bukak mata, dia bukak doh. Luas je mate dia"


Aku terdiam, Kelihatan Kakakku yang sulung hanya diam dan resah. Berkerut dahi aku mendengarnya.


"Lepas tu, aku nak baca yassin. Baru beberapa baris, ayah boleh gelakkan aku terbahak-bahak. kau rasa? normal ke tak tu?"

"Ermm.. ni memang dah nampak sangat dah yang ayah ni bukan kena strok je, Aku dah perasan benda ni sejak dari 1st time dia masuk hospital",


Seriously, memang betul telahan aku. Ada benda lain juga yang menumpang situasi ayah aku ni. Sebelum ni, memang pernah terjadi kes yang lebih kurang serupa masa ayah terkena strok kali ke-3.


"Aku rasa, kita kena ikhtiar cara lain juga ni. Kau tahu tak, setiap kali maghrib, perot ayah kembong. Macam makin membesar. Aku ada tanya mak, tapi mak kata memang perot die macamtu. Entahlah kalau mata aku silap pandang", ujar aku panjang.

"Tak apelah kalau macamtu. Kita usaha cara lain pulak" ujar Ani.

BINGO!
Kitaorang tunggu je masa yang sesuai. Doktor kata, kalah tekanan darah dia kembali ok, dia dah boleh keluar wad dah. Aku pun tak sabar, nak bawak ayah balik. Sebab aku tahu, dia tak suka duduk hospital. Nak pulak kena cucuk bagai tu.


Harap benda ni tak seteruk dari dulu.



(bersambung)

Friday, December 9, 2016

Tragedi Membawa Hikmah - Epi 2

Hari Kedua:


Kelihatan ayah hanya terbaring lesu. Tiada lagi pergerakan selincah malam sebelumnya. Cuma yang aku perasan, Sebahagian badannya. tangan, kaki sebelah kanan masih aktif bergerak. Kali ini, belah kirinyanya hanya kaku. Tidak ada respon seperti malam pertama.


Otakku ligat memikirkan logik akal. Ok, ayah aku mengalami strok sebelah kiri. Kebiasannya, strok sebelah kiri, ins ha allah, jika kena caranya, mudah kembali sembuh seperti sedia kala. Cuma apa yang membuatkan aku risau, tangan kirinya langsung tidak bergerak, sama juga dnegan mata kirinya.


Emakku masih setia di sisi ayahku. Kadang kala mengesat air matanya melihat keadaan sang suami yang tidak sedarkan diri seperti selalu. Nak dijadikan cerita, ayah memang jarang jatuh sakit, walaupun demam. Tetapi, sekali dia demam/sakit, sememangnya yang susah hati adalah emakku. Keadaannya boleh jadi makin teruk atau lebih baik.


Kali ini, aku sekali lagi perasan, perotnya sentiasa kembong. Biasanya terjadi pada waktu petang ke malam, Kelihatan perutnya membesar dari biasa. Aku sekali lagi memerah otak. Adakah perubahan yang terjadi kepada ayahku ini merupakan kesan normal kepada pesakit strok???


Aku ada menyuarakan soalan kepada emakku:

"Mak, kenapa perot ayah macam makin besar?" Mak aku hanya respon bersahaja,
"Perot dia memang besar dah." ada nada kelucuan disitu. Tapi tidak bagi aku.


Malam seterusnya, aku masih berjaga. Kali ini, ayah hanya pasif dikatilnya. Hanya bahagian tubuh sebelah kiri sahaja yang aktif. Tetapi tidak lagi seperti malam pertamanya. Aku masih memerhati dari dekat.


Memerhati reaksi wajahnya, tangannya, kakinya. Sangat pelik. Nurse dan doktor sesekali menyapa di katil bila tiba waktunya.


Seinggalah hari ke-4, hasrat ingin tahu makin menebal. Pada suatu pagi di hospital, aku menghampiri seorang doktot muda berbangsa china yang  sedang sibuk menaip report pesakitnya. Aku bertanyakan mengenai ayahku.


"Doc, boleh saya tanya sesuatu"
"Ya puan, boleh"
"Memang normalkah bagi pesakit strok matanya memang tidak boleh dibuka?"

Doktor itu terdiam seketika dan berkerut dahinya. Dia membuka file pesakit yang mana tertera nama "John Doe" nama samaran ayahku kerana ketika itu, details ayahku masih belum didaftarkan lagi. Bererut juga dahiku melihat nama seperti bintang Hollywood tu.


"Ok, menurut report disini puan, pak cik memang ada strok. Sudah lama tak mengambil ubat. Conditionnya, masih stabil. Tiada pendarahan, mata ok, cuma tekanan darah masih tinggi. Sepatutnya matanya tidak ada msalah sebab ia respon dengan baik."

Aku hanya diam menunggu lebih maklumat. Hatiku berdetik sesuatu. Ish, tak kan la..

Doktor tersebut menghampiri katil ayah dan menegurnya.


"Pakcik, saya nak cek mata ya sekejap." 

Ayah hanya berdehem lemah. Aku memeluk tubuh di tepi katil sebelah kanan. Kedua-dua matanya dicek dengan teliti, Doktor tersebut terdiam seketika. lantas berpaling memandangku.


"Kalau ikut respon anak matanya, matanya still aktif dan ok. Mungkin pak cik masih lemah. Tak apa, kita tengok 2,3 hari lagi bagaimana." ujar doktor muda tersebut.


Aku hanya menganggukkan kepala dan berterima kasih kepadanya. Walaupun jauh dari sudut hati aku, there is something wrong somewhere der. Tapi aku tak tahu apa dia. 


Hopefully, tak jadi perkara yang sama seperti sebelum ni.


Keadaan ayah ketika ini seperti sedang berehat dengan mata tertutup. Masih boleh respon tetapi sekejap jelas sekejap tidak. Diminta beliau membukakan matanya tetapi kelihatan dia tidak mampu. Hatiku sememangnya risau.


Tangannya pula tetap kejap memegang erat tangan sesiapa yang berdekatan dengannya.





(bersambung...)

Tragedi Membawa Hikmah - epi 1

Tanggal 17 November 2016, ayah aku sekali lagi dikejarkan ke hospital. Didiagnosis oleh sang doktor "STROKE".


Ya, stroke buat kali ke-4. 

Petang aku diberitahu oleh abangku, tanpa buang masa, aku terus pecut balik kampung. Sehelai sepinggang, tak bawak baju balik, aku terus ke hospital. 


Segala apa yang aku rancang minggu tu, tak berjalan dengan lancar. Ingatkan pasal biskut tin, demo pelapik tilam BVSM. Semuannya aku tinggalkan. Pada waktu itu, hati aku terasa terkilan. Terkilan yang amat sebab tak sempat nak tunaikan hasrat ayah.


Aku sampai di Hospital Temerloh dalam jam 7 lebih. Kereta aku parking di tempat letak kereta 'Bangunan Kecemasan & TRAUMA". Sampai je di pintu masuk, aku bertanyakan mengenai pesakit bernama 'Abdul Karim Mohamad'. Aku bergegas ke wad kecemasan. Kelihatan ayahku terbaring dalam keadaan tidak selesa dan matanya terpejam, manakala tangannya mengusap-ngusap muka dan kepalanya.


Nurse minta wakil menemani ayah ke bilik x-ray - CTSCAN. Aku memandang abangku, dan tanpa buang masa, aku mengusung sekali. Dalam masa itu, tangan ayah tak lepas dari tangan aku. Dia genggam erat dan mengumam sesuatu. Hanya terkeluar dari mulutnya 'aku sayang kamu' berulang kali.


Aku diminta berada diluar. Sementara menunggu, air mataku jatuh ke pipi. Ya allah, tak pernah aku merasa sedih dan takut begini. Takut kehilangan ayahku. Ya, umurnya 79 tahun ni. Aku pun dah berada di penghujung 20-an. Aku tak pernah lagi terasa kehilangan ibu bapa seperti sesetengah individu. 


Alhamdulillah, doktor sahkan ayahku tiada pendarahan dalam otak. Hanya Stroke. Namun, aku kembali hairan. Melihat perubahan sikap ayahku. Tangannya kejap memegang tangan yang berdekatan dan mengumam 'aku sayang kamu' ' kalaulah sebahagian daripada hidupku'  dan butiran yang aku tidak fahami. Dicium-ciumnya tanganku.


Tak lama kemudian, mak aku masuk. Duduk disampingnya. Begitu juga dia diucapkan yang mna membautkan makku menangis. Aku hanya memerhati. Masih tertanya-tanya, kali ini, keadaan ayahku sangat berbeza.


Tidak lama kemudian, ayahku dibawa ke wad biasa. Aku dan mak mengiringi attendant hospital yang menlak katil ayah ke tingkat 7. Aku dan mak menuruti dari belakang. Malam itu, aku dan kakak sulungku membuat keputusan untuk menjaga ayahku.


\Malam pertama:


Ayah masih belum sedar. Masih berpaut pada tangan sesiapa yang berdekatan dengannya. Mengumam ucapan yang sama. Malam tu, ayah kelihatan normal. Tidak seperti sakit. Aktif sahaja tangan dan kakinya. Cuma matanya sahaja yang tidak dibuka. 


Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku dan kak Yah masih berjaga. Hanya memerhatinya tidur. Tapi ayah tetap tidak tidur. Kadang kala, dia mengiring ke kanan, kadangkala mengiring ke kiri. Tangannya di ikat supaya tidak mencabut jarum di tangannya. Sneang kata, ayahku seperti dirinya ketika sihat.


Sesekali dia mengugah ikatan tangannya itu. Kelihatan begitu bertenaga. Aku hanya mengerutkan dahi, Pelik. Sangat pelik. Tak seperti orang yang paralized sebaba stroke.


Aku memandang kak Yah, sambil memberi isyarat mata. Risau adakah perkara yang pernah berlaku akan berlaku lagi kali ni? Kami cuma siap bersedia. 


Apa sebenarnya yang jadi pada ayah?





(akan bersambung)



Monday, November 7, 2016

Kenapa perempuan perlu mkan jamu?

Perempuan dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan.


Perempuan dan jamu??

JAMU? Seriously?

ok, sebelum uolls buat muka dan bla..bla..bla, kena tahu dulu. apa pentingnya jamu pada perempuan ni tau.


Sebagai seorang wanita, kita sebenarnya sangat-sangat perlu menjaga kesihatan diri. Terutamanya kesihatan dan kecantikan dalaman tau.

Mengapa jamu?

Jika kita tengok nenek-nenek kita dulu, mereka amat menjaga kesihatan mereka. Terutamnya pada zaman pendudukan Jepun, masa tu begitu banyak memori duka yang menimpa golongan wanita. Mereka di cabul, dirogol dan ada juga dibunuh. Kesan daripada peristiwa hitam itu, penggunaan jami juga penting sebab ia dapat mengembalikan 'rasa dara' seseorang perempuan memandangkan masih jauh lagi kehidupan yang perlu ditempuh.


Baik, kita lihat dari sudut pandang yang positif ok.

Pernah suatu hari, aku berborak dengan seorang mak cik. Dia tak adalah tua sangat tapi pangkat ibu-ibulah. Satu soalan dia tanya,

"Adik makan jamu tak?"
I was like, errkk jamu? Tak pernah la. Masa itu.
"Tak pernah makan makcik. Kenapa?"
"OO..tak ada apa. Cuma nak kongsi, perempuan ni, baik amalkan jamu. banyak khasiatnya. Lebih-lebih lagi kalau dah kahwin,"

Ooo..muncung mulutku panjang je. Pot pet pot pet..mak cik tu minta diri.


Bila aku ingat balik, betul juga dengan apa yang dia cakapkan tu. Sekarang pelbagai jenis jamu yang ada dipasaran. Semua memang baik untuk kesihatan. cuma, kita kena pandai pilih yang baik dan sesuai dengan badan.

Bila sebut makan jamu ni, kena ingat satu perkara. Bila ambil supplement apa-apa oun, air mesti minum banyak. 2-3 liter. WAJIB. Sebab ape? sebab ia membantu buah pinggang kita proses jamu yang kita makan.

Kalau kita tak banyak minum air, boleh beri effect pada buah pinggang kerana dia kena bekerja keras nak tapis bahan-bahan tu. Contohnya macam enjin yang kurang minyak, lama-lama abohol enjin, betul?? macam tulah badan kita.


Aku pernah amalkan satu jamu la. Tapi bukan dari Malaysia. Ianya dari China. Nama dia Herba Maharani. Pernah dengar?

Herba maharani ni memang terbukti merupakan herba kesihatan yang dibuat daripada pelbagai herba, ginseng yang bagus untuk kesihatan. Ianya diceritakan, berjaya menyelesaikan banyak masalah kesihatan esp pasangan yang belum ada cahaya mata.


Aku pernah amalkan, bila kita makan, ia bantu bagi tenaga. Yang paling terasa adalah, bila bangun pagi badan rasa ringan je tau. Waktu tidur pun nyenyak..Lagi bagus, bangun pagi, dia flush keluar. Buat badan rasa bertenaga dan ringan je.


Dari perspektif lain, orang yang dah kahwin je tahu rasanya. Bukan sahaja sesuai untuk perempuan tapi juga lelaki.


Sekarang aku kena sambung balik amlkan. Memang tak rugi. nak pulak, skearang pun dah nak masuk 30-an kan. So, memag kena jaga.


So, untuk korang yang masih mencari-cari jamu yang bagus, try lah herba Maharani.

Tak rugi, aku jamin.

Nah, aku kongsikan gambar Herba tu.



Cara makan dia, depend pada seseorang.

Dalam kotak ni ada 6 box.
Setiap box ada 50 biji.

Time period tak perlu makan.
1 hari: makan 15-25 biji
Sebelum breakfast Pagi/sebelum tidur



p/s: Makan sehinggalah tiba waktu period. Mesti stop. Habis sahaja hari period tu, terus makan.

Biasanya, 1 kotak ni hanya untuk sebulan.
Harga: RM98 je.



"Cubalah, baru tahu" 

Monday, October 17, 2016

Pengorbanan Seorang Abang

Negara kita sekali lagi digemparkan dengan kes pembunuhan yang tragis melibatkan seorang abang dengan ex- kekasih adiknya.

Berlaku pergelutan sehingga mengakibatkan si abang terbunuh di perkarangan tempat letak kereta di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu. Arwah yang merupakan seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal menimbang cahaya mata sulung tidak lama lagi. 

Sungguh tragik.

Banyak yang menyalahkan si gadis kerana tidak mempercayai bahawa bakal suaminya itu sudah berkahwin. Si Abang yang penuh rasa tanggungjawab, ingin membuktikan bahawa pilihannya itu tidak sesuai dengan satu niat ingin menyelamatkan adiknya.


Secara personal pendapatku,


Dalam kes ini, bukanlah salah si adik jauh sekali si abang. Secara jelasnya, penerimaan sang lelaki yang juga bakal suami si gadis tersebutlah yang perlu dipersalahkan. 

Secara logiknya, seorang perempuan yang sedang dilamun cinta sudah tentu tidak mempunyai pertimbangan yang baik lebih-lebih lagi bila melibatkan 'buah hatinya'. Namun, ketentuan Allah itu membuka segala-galanya.


Aku teringat kata-kata abangku pada masa lalu,

" Kau berhati-hatilah dengan lelaki yang sudah berkahwin atau pernah berkahwin. Ayat-ayat mereka sangat 'ampuh'."


Terbuktilah apa yang dikatakan oleh abangku ini benar. Tindakan yang dilakukan oleh si abang aadalah ingin melindungi adik perempuannya daripada ditipu oleh lelaki yang mementingkan diri sendiri.


Apa pun, tenanglah arwah disana. In sha allah, beliau terlepas didunia, tetapi tetap tidak dapat lari daripada hukuman Allah di alam sana.


Saya teringat akan abang-abang ku yang banyak memberi nasihat dan mengambil berat akan diriku yang masih terumbang ambing ni.


Semoga Allah membalas segala jasa mereka dengan rahmat dan rezeki yang tidak terbatas.



Rasulullah SAW bersabda,


"Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid"

(Hadis Riwayat Ahmad)



Ingatlah gadis-gadis di luar,

CINTA memang mengasyikkan,
CINTA mampu menjadikan perkara tidak mustahil kepada mustahil.
CINTA mampu memberikan kekuatan.
CINTA mampu menawarkan kedukaan.


Tetapi ianya adalah CINTA pada Allah.

" Manusia semakin kita meminta, semakin mereka membenci,
"Allah, semakin kita meminta kepadaNya, semakin Dia menyukai"


Semoga hikmah kejadian ini memberi peringatan kepada diriku dan dirimu juga.





Friday, October 14, 2016

BISKUT TIMBANG : KANAK-KANAK ZAMAN 70, 80,90-an MESTI SUKA!

Ingat lagi tak, masa zaman kita kecil-kecil dulu.


Mesti akan pesan pada mak dan ayah, minta belikan biskut timbang.
BISKUT TIMBANG??


Ya, Biskut Timbang.

Salah satunya biskut timbang yang popular, sedap dan comel.





Baru-baru ni, aku balik kampung. Dah lama tak balik kampung.
Memandangkan mak aku tak berapa sihat, dengarnya hampir kena strok.
Aku balik juga.

Kebetulan, sebelum balik kampung,
Aku ada singgah di satu kedai cina area Melawati.
Memang ramai kaum wanita yang berdiri didepan kedai tu.

Aku lihat, rupa-rupanya kedai biskut timbang.


Wow, sangat teruja sebab boleh tengok dan pilih pelbagai jenis biskut.
Menarik, sangat menarik.

Aku beli 2 jenis. Tak pastilah sesuai ke dengan selera mak, ayah dan abang aku dikampung.


Gembir juga aku lihat mereka sangat seronok memakannya.
Walaupun agak manis, sekejap je dah habis.

Ok, memang bolehlah beli lagi.

Kebetulan, ayah aku pun ada mintak belikan by tin,
Waktu tu aku tak pasti berapa harganya.
Aku janji akan belikan lagi by tin untuk mereka.

Minggu selepas itu aku pergi lagi.
Oh, rupanya harga biskut tu bergantung kepada jenis.
Setiap jenisnya berlainan harga.


Bagusnya. Memang macam-macam jenis boleh pilih.
Ada yang harga RM40+, RM50+, RM60+ dan ada juga yang RM70+

So, anda yang still ada mak ayah dikampung,
Belilah setin atau dua tin untuk mereka, atau kalau tak ada duit, belilah by gram.

Mesti mereka suka.
Trust me, they will.

Macamana biskut timbang tu?

Ada beberapa gambar. Actually, aku google je.


(Boleh juga beli by tin macam ni)





Maal Hijrah 1438H - Tahun Baru Buatku

Minggu yang sudah, kita baru je masuk tahun baru mengikut bulan Islam kan,


Ya, Mengikut tahun 2016 ni,
Kita sudah masuk tahun 1438H.

Ingat lagi zaman kecil-kecil dulu.
Setiap tahun tabika akan mengadakan program.
Salah satunya yang popular adalah nasyid & pertandingan mewarna.


Kelakar juga bila diingat balik.
Boleh tahan suara aku nih..(tersenyum keseorangan)

Masih ada gambar dimana aku dan abang aku yang tua setahun,
sedang asyik dan fokus mewarna.
Nak menang hadiah kan,


Bagaimana dengan anda?
Apa hajat dan azam tahun baru kali ni?

Aku?
Ya, azam baru, lama dan sepatutnya.


== Istiqamah. Disiplin. Memaafkan Diri Sendiri & Orang Lain.==


Aku doakan kita sentiasa istiqamah dalam apa jua yang ingin dicapai.
Dengan niat - Lillahita'ala.



Malam yang Panjang...

Jam menunjukkan pukul 11.51 pm.


Agak sunyi malam ni.
Memandangkan aku terrtido awal tadi.


Setiap malam, sebelum tidur.
Kadang-kadang aku teringat sesuatu.


Detik-detik manis dan pahit,
semasa berkawan rapat,
dan akhirnya,
terbiar seperti itu.

Kadang-kadang terasa kosong,
Entah siapa pemilik tulang rusuk ini,

Persoalan yang Allah sahaja yang tahu, kan.


Aku masih berkira-kira,
berfikir dan mencongak,

Perlu ke aku ambil tindakan ni.

Perlu dahulukan diri sendiri atau fikir juga orang lain..
Bila difikir-fikir smeula,
Aku terlalu memikirkan orang lain berbanding diri sendiri..


Entahlah
tersepit sebenarnya.

Ibarat nak diluah mati emak,
Nak ditelan mati bapak.


Ya, sememangnya aku dalam peralihan
Mood peralihan ini kalau dipandang enteng,
Mampu menjeremuskan ke dalam perkara yang sia-sia..

Doakan aku ya.


- faghah-

Thursday, October 13, 2016

Salam Pembuka

Assalamualaikum,


Again, created another blog.
Mesti pelik kan?
Kenapa asyik buat blog yang baru.

Ya,
Saya pun pelik.
Mungkin masih mencari-cari rentak,

Rentak hidup juga.


Oklah.
Saya cuba bersungguh-sungguh.

Harap kali ini istiqamah dan penuh idea.
Supaya anda semua enjoy membacanya..

Salah silap harap ampun,
Sudi-sudilah berkongsi idea dan cerita.

Itulah tujuan utama blog ini dicipta.


Looking foward to chat with you guys. ;)