5 hari di hospital,
akhirnya doctor benarkan juga ayahku pulang ke rumah. Antara dua keadaan je,
telah hatiku. Pertama, mereka tak mahu keadaan ayah makin teruk disebabkan dia
hanya terbaring saja atau memang sebenarnya dah tak boleh nak buat apa-apa dah.
Keadaan masa tu memang
agak kelam kabut. Mana tak kelam kabut, memang apa yang jadi, dalam keadaan
tidak diduga. Kedudukan kewangan kami pun tidaklah stabil. Cuma apa yang boleh
buat, kami berserah saja dan bertawakkal. Allah jugalah yang membantu.
Beberapa peralatan
perlu disediakan seperti katil (mobile) macam katil hospital tu, BP Checker,
Oximeter, Susu Ensure, Pampers, dan beberapa lagi yang lain. Tapi dengan apa
yang berlaku ni, memang Allah nak duga kita. Masa inilah, peranan anak-anak.
100% kena give and take. Alhamdulillah, abang dan kakak aku walaupun ada limit
yang perlu dikawal especially duit, tapi semuanya Allah permudahkan..
Alhamdulillah.
Hampir nak masuk 3
minggu. Ayah masih seperti biasa. Mata kirinya sudah nampak perubahan. Dia
mampu mencelikkan matanya. Mata kanan tetap macam biasa. Tak ada perubahan.
Tangan kirinya juga masih kaku. Sejuk dan berpeluh terutamanya bila masuk waktu
petang ke malam.
Perutnya kembali
kembong. Nampak besar dari biasa. Kelihatan dari raut wajahnya, dia menahan
rasa sakit. Sesungguhnya, ketika itulah dugaan sangat berat. Emakku sudah tentu
tidak mampu nak buat apa lagi. Dia berserah sahaja. Aku tahu, dia sangat letih.
Letih dari segi emosi dan fizikal. Kali ini, memang ayah kami dalam keadaan
paling teruk yang pernah dilaluinya.
Kami berbincang untuk
berubat secara tradisional. Kami ada merujuk kepada ustaz-ustaz, imam dan
individu yang ada kelebihan dalam mengubati orang sakit secara ghaib. Seperti
yang kami sedia maklum, sememangnya keadaan ayahku ini, bukan sekadar strok
semata-mata.
Rata-rata yang ditanya,
mengabarkan bahawa ayahku ini bukan terkena strok tetapi sesuatu yang ghaib. Puncanya
daripada tapak rumah kedai tersebut. Ya, ayahku terkena kejang badan ini
selepas dia pulang dari meninjau kerja-kerja memasang pintu di rumah kedai
tersebut. Tanpa diduga, keadaannya ini semakin teruk apabila dikhabarkan ianya
bercampur dengan saka dan sihir.
Nauzubillahiminzalik!
No comments:
Post a Comment