Tanggal 17 November 2016, ayah aku sekali lagi dikejarkan ke hospital. Didiagnosis oleh sang doktor "STROKE".
Ya, stroke buat kali ke-4.
Petang aku diberitahu oleh abangku, tanpa buang masa, aku terus pecut balik kampung. Sehelai sepinggang, tak bawak baju balik, aku terus ke hospital.
Segala apa yang aku rancang minggu tu, tak berjalan dengan lancar. Ingatkan pasal biskut tin, demo pelapik tilam BVSM. Semuannya aku tinggalkan. Pada waktu itu, hati aku terasa terkilan. Terkilan yang amat sebab tak sempat nak tunaikan hasrat ayah.
Aku sampai di Hospital Temerloh dalam jam 7 lebih. Kereta aku parking di tempat letak kereta 'Bangunan Kecemasan & TRAUMA". Sampai je di pintu masuk, aku bertanyakan mengenai pesakit bernama 'Abdul Karim Mohamad'. Aku bergegas ke wad kecemasan. Kelihatan ayahku terbaring dalam keadaan tidak selesa dan matanya terpejam, manakala tangannya mengusap-ngusap muka dan kepalanya.
Nurse minta wakil menemani ayah ke bilik x-ray - CTSCAN. Aku memandang abangku, dan tanpa buang masa, aku mengusung sekali. Dalam masa itu, tangan ayah tak lepas dari tangan aku. Dia genggam erat dan mengumam sesuatu. Hanya terkeluar dari mulutnya 'aku sayang kamu' berulang kali.
Aku diminta berada diluar. Sementara menunggu, air mataku jatuh ke pipi. Ya allah, tak pernah aku merasa sedih dan takut begini. Takut kehilangan ayahku. Ya, umurnya 79 tahun ni. Aku pun dah berada di penghujung 20-an. Aku tak pernah lagi terasa kehilangan ibu bapa seperti sesetengah individu.
Alhamdulillah, doktor sahkan ayahku tiada pendarahan dalam otak. Hanya Stroke. Namun, aku kembali hairan. Melihat perubahan sikap ayahku. Tangannya kejap memegang tangan yang berdekatan dan mengumam 'aku sayang kamu' ' kalaulah sebahagian daripada hidupku' dan butiran yang aku tidak fahami. Dicium-ciumnya tanganku.
Tak lama kemudian, mak aku masuk. Duduk disampingnya. Begitu juga dia diucapkan yang mna membautkan makku menangis. Aku hanya memerhati. Masih tertanya-tanya, kali ini, keadaan ayahku sangat berbeza.
Tidak lama kemudian, ayahku dibawa ke wad biasa. Aku dan mak mengiringi attendant hospital yang menlak katil ayah ke tingkat 7. Aku dan mak menuruti dari belakang. Malam itu, aku dan kakak sulungku membuat keputusan untuk menjaga ayahku.
\Malam pertama:
Ayah masih belum sedar. Masih berpaut pada tangan sesiapa yang berdekatan dengannya. Mengumam ucapan yang sama. Malam tu, ayah kelihatan normal. Tidak seperti sakit. Aktif sahaja tangan dan kakinya. Cuma matanya sahaja yang tidak dibuka.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku dan kak Yah masih berjaga. Hanya memerhatinya tidur. Tapi ayah tetap tidak tidur. Kadang kala, dia mengiring ke kanan, kadangkala mengiring ke kiri. Tangannya di ikat supaya tidak mencabut jarum di tangannya. Sneang kata, ayahku seperti dirinya ketika sihat.
Sesekali dia mengugah ikatan tangannya itu. Kelihatan begitu bertenaga. Aku hanya mengerutkan dahi, Pelik. Sangat pelik. Tak seperti orang yang paralized sebaba stroke.
Aku memandang kak Yah, sambil memberi isyarat mata. Risau adakah perkara yang pernah berlaku akan berlaku lagi kali ni? Kami cuma siap bersedia.
Apa sebenarnya yang jadi pada ayah?
(akan bersambung)
No comments:
Post a Comment