Tuesday, December 20, 2016

Tragedi Membawa Hikmah – Epi 5

2010 yang lalu, itu kali ketiga, ayahku terkena strok. Ketika itu, aku sedang belajar di Universiti Malaya tahun ke-2. Aku ingat lagi, seminggu sebelum itu, wajah ayahku sentiasa terbayang di ruang mata. Entah kenapa, sehinggakan terbawa dalam mimpi. Tetapi, dek kerana jadual yang padat aku lalai untuk menelefon kampung. Walaupun niat begitu kuat.

Ketika aku berada dalam kelas Bahasa Inggeris, kawanku menyiku aku yang sedang fokus menelaah tanpa disedari telefonku bergetar. Kebetulan aku meletakkan ia dalam mod senyap. Aku lihat, sebanyak 10 misscalled daripada abangku. Hatiku berdetak. Aku menekan mesej yang terpapar. Subahanallah, sungguh tak ku sangka. Ayahku sakit. Abangku dalam perjalanan ke kolejku. Terasa badanku bergetar. Selepas mendapat kebenaran, aku menapak laju menuju ke kolej kediaman.

Dipendekkan cerita, kami sampai di hospital pada jam 9 lebih malam. Lebih kurang 11 malam, ayahku dibenarkan pulang. Rupanya yang lain pun sudah sampai. Ketika inilah, ayahku mula terkena gangguan. Kami semua tidur nyenyak memandangkan keletihan baru  balik dari kerja.

Tepat jam 3 pagi, kakakku mengejutkan aku dan mengatakan ayah dah mula kena. Aku yang masih mamai, hanya mengikut sahaja dia kea rah bilik ayahku. Ketika itulah, suara dan matanya sudah berubah. Bukan lagi dia.


Matanya merah. Galak memandang orang yang berada disampingnya. Dia cuba bangun namun kembali terbaring. Berkali-kali dia cuba bangun. Mulutnya mengumam sesuatu. Kadang kala, kelihatan lagaknya seperti anak kecil. Ya, anak kecil.


Entah bagaimana, abangku yang baru bangun tidur, menapak ek  pintu bilik ayah lalu memandang ke dalam. Tiba-tiba, dia seperti terkena sawan dan hampir terjatuh ke belakang jika tidak disambut oleh aku dan kakakku ketika itu. Dalam masa beberapa saat, dia kembali tersedar. Kelihatan dari raut wajahnya yang tidak selesa.

" Kenapa ni?" soalnya sambil cuba bangun semula.
"Aok macam tak sedar tadi. Hampir nak jatuh" ujarku.

Mak memanggilku dan menyuruhku mengambil air sembanyang dan membaca yassin. Selang 10 minit, aku duduk disebelah emak dan mula membaca. Sedang aku emmbaca, mataku seseakli memandang ke arah ayahku di hadapan kami. Mataku bertentang dengan matanya. Apa yang aku dapat lihat adalah dia hanya tersenyum memandangku. Aku perasan, sedang aku membaca sepertia da sesuatu yang cuba menyekat kerongkongku, Membuatkan aku sukar untuk  menghabiskan bacaan Yassin. Aku cuba dan memaksa juga diri menghabiskan bacaan. Alhamdulillah, selesai juga, Mungkin kerana aku tidak fokus kepada bacaan tu.


Ayah kembali tenang, Abang-abangku sudah bertenang. Kami memutuskan supaya dia dibiarkan rehat buat sementara. Jam ketika itu menunjukkan pukul 5 pagi.

Semestinya, mata-mata kami semuanya 'rabak'.



Situasi sekarang:

Bermula cuti sekolah 2016, kakakku buat keputusan untuk tinggalkan 2 orang anaknya dikampung. Membantu mak aku menjaga atuknya. Ringan sedikit beban makku.

Sepanjang dikampung, keadaan ayahku memerlukan 100% sokongan penuh dari anak-anaknya. Tidak mampu bergerak walaupun untuk makan sekalipun. 


Sejak ayah dipindahkan ke rumah, semakin ramai yang datang menziarah. Orang-orang kampung, kenalan-kenalan lama ayah dan sanak saudara. Tidak lupa juga, orang-orang kampung mengambil inisiatif untuk membuat bacaan Yassin beramai-ramai setiap kali selepas waktu Asar. Alhamdulillah. Setiap petang, dikhabarkan, Pak Andak Talib, kawan rapat ayah yang juga selaku bekas Imam 1 kampungku, sentiasa tidak putus melawat ayahku setiap petang sambil membacakan yassin. Subhanallah, semoga Allah membalas segala jasa baiknya.

Keadaan kembali digemparkan dengan insiden yang melibatkan anak saudaraku.

Ada suatu ketika, anak saudaraku Dirah, berjaga malam. Ketika itu, dia ternampak kelibat hitam di ruang tamu-1. Dikhabarkan 2 malam, dia dapat melihat makhluk tu. Malam seterusnya, respon ayahku seperti melihat sesuatu. Mata kirinya sahaja yang berlegar-legar melihat ke atas.


Aku tahu, anak-anak saudaraku itu cukup kuat untuk menghadapi semua tu. Aku mula risau apabila ayahku sudah mula meracau.


Ya. Meracau dan tidak mampu nak tidur waktu malam. Masuk minggu kedua, kakakku membawa balik anak-anaknya dan diganti pula dengan kakak ipar sulungku dan seorang anaknya. Merekalah yang membantu mak aku menjaganya sehingga sekarang.


Tanpa kami duga, semakin banyak perkara yang tidak mampu dijelaskan dengan kata-kata dan logik akal.

Sesungguhnya Allah jualah yang lebih mengetahuinya.




1 comment:

  1. Casino Player Reviews by Casino Player on DrmCAD
    Check out our Casino Player Reviews including ratings, latest bonus codes, games, complaints, 화성 출장안마 & 광명 출장안마 more. Get 평택 출장마사지 DrmCAD's latest online 사천 출장샵 casino 보령 출장샵 bonuses.

    ReplyDelete