Friday, December 9, 2016

Tragedi Membawa Hikmah - Epi 2

Hari Kedua:


Kelihatan ayah hanya terbaring lesu. Tiada lagi pergerakan selincah malam sebelumnya. Cuma yang aku perasan, Sebahagian badannya. tangan, kaki sebelah kanan masih aktif bergerak. Kali ini, belah kirinyanya hanya kaku. Tidak ada respon seperti malam pertama.


Otakku ligat memikirkan logik akal. Ok, ayah aku mengalami strok sebelah kiri. Kebiasannya, strok sebelah kiri, ins ha allah, jika kena caranya, mudah kembali sembuh seperti sedia kala. Cuma apa yang membuatkan aku risau, tangan kirinya langsung tidak bergerak, sama juga dnegan mata kirinya.


Emakku masih setia di sisi ayahku. Kadang kala mengesat air matanya melihat keadaan sang suami yang tidak sedarkan diri seperti selalu. Nak dijadikan cerita, ayah memang jarang jatuh sakit, walaupun demam. Tetapi, sekali dia demam/sakit, sememangnya yang susah hati adalah emakku. Keadaannya boleh jadi makin teruk atau lebih baik.


Kali ini, aku sekali lagi perasan, perotnya sentiasa kembong. Biasanya terjadi pada waktu petang ke malam, Kelihatan perutnya membesar dari biasa. Aku sekali lagi memerah otak. Adakah perubahan yang terjadi kepada ayahku ini merupakan kesan normal kepada pesakit strok???


Aku ada menyuarakan soalan kepada emakku:

"Mak, kenapa perot ayah macam makin besar?" Mak aku hanya respon bersahaja,
"Perot dia memang besar dah." ada nada kelucuan disitu. Tapi tidak bagi aku.


Malam seterusnya, aku masih berjaga. Kali ini, ayah hanya pasif dikatilnya. Hanya bahagian tubuh sebelah kiri sahaja yang aktif. Tetapi tidak lagi seperti malam pertamanya. Aku masih memerhati dari dekat.


Memerhati reaksi wajahnya, tangannya, kakinya. Sangat pelik. Nurse dan doktor sesekali menyapa di katil bila tiba waktunya.


Seinggalah hari ke-4, hasrat ingin tahu makin menebal. Pada suatu pagi di hospital, aku menghampiri seorang doktot muda berbangsa china yang  sedang sibuk menaip report pesakitnya. Aku bertanyakan mengenai ayahku.


"Doc, boleh saya tanya sesuatu"
"Ya puan, boleh"
"Memang normalkah bagi pesakit strok matanya memang tidak boleh dibuka?"

Doktor itu terdiam seketika dan berkerut dahinya. Dia membuka file pesakit yang mana tertera nama "John Doe" nama samaran ayahku kerana ketika itu, details ayahku masih belum didaftarkan lagi. Bererut juga dahiku melihat nama seperti bintang Hollywood tu.


"Ok, menurut report disini puan, pak cik memang ada strok. Sudah lama tak mengambil ubat. Conditionnya, masih stabil. Tiada pendarahan, mata ok, cuma tekanan darah masih tinggi. Sepatutnya matanya tidak ada msalah sebab ia respon dengan baik."

Aku hanya diam menunggu lebih maklumat. Hatiku berdetik sesuatu. Ish, tak kan la..

Doktor tersebut menghampiri katil ayah dan menegurnya.


"Pakcik, saya nak cek mata ya sekejap." 

Ayah hanya berdehem lemah. Aku memeluk tubuh di tepi katil sebelah kanan. Kedua-dua matanya dicek dengan teliti, Doktor tersebut terdiam seketika. lantas berpaling memandangku.


"Kalau ikut respon anak matanya, matanya still aktif dan ok. Mungkin pak cik masih lemah. Tak apa, kita tengok 2,3 hari lagi bagaimana." ujar doktor muda tersebut.


Aku hanya menganggukkan kepala dan berterima kasih kepadanya. Walaupun jauh dari sudut hati aku, there is something wrong somewhere der. Tapi aku tak tahu apa dia. 


Hopefully, tak jadi perkara yang sama seperti sebelum ni.


Keadaan ayah ketika ini seperti sedang berehat dengan mata tertutup. Masih boleh respon tetapi sekejap jelas sekejap tidak. Diminta beliau membukakan matanya tetapi kelihatan dia tidak mampu. Hatiku sememangnya risau.


Tangannya pula tetap kejap memegang erat tangan sesiapa yang berdekatan dengannya.





(bersambung...)

No comments:

Post a Comment