Monday, December 26, 2016

Tragedi Membawa Hikmah – Epi 7

Seperti yang dijanjikan, kami balik kampung. Bacaan Yassin 41 perlu dibuat! By hook or by crook, mesti dilaksanakan. Sepatutnya plan asal memanggil ustaz dari seremban tu datang bersama anak buahnya. Teteapi tiada rezeki memandangkan, beliau ada kekangan masa.



Tak mengapalah. Aku sampai ke kampung lewat petang. Kelihatan beberapa keluarga sudah sampai. Kakakku memberikan rantai tangan kepadaku. Rantai tangan itu dibuat daripada Kayu Kokka. Katanya, benda halus ni tak suka akan bau kayu kokka ni. Jadi, aku pun pakai jelah. Aku menghampiri ayahku lalu cuba untuk berkomunikasi dengannya. Tetapi tiada jawapan. Dia hanya diam membatu. Aku memakaikan gelang kayu kokka itu ke tangannya. Mudah-mudahkan, asbabnya dapat membantu dalaman ayahku serba sedikit.



Lepas maghrib, kami mulakan. Aku, kakakku dan 2 orang anak saudaraku. Kami duduk mengelilingi ayah dan mula membaca Yassin. Kakakku membisikkan ditelingaku, badan ayahku panas. Panas seperti terkena demam panas ataupun berjemur di bawah matahari. Aku memegang kejap lengan ayahku. Benar! Memang panas. Aku dan kakakku memandang sesama sendiri. Kemungkinan ia mula bertindak balas.



Teringat apa yang ustaz tu bagitahu,
“Bila kita mula membaca, benda tu akan bertindak balas. Dia akan mengamok. Sebab ia akan rasa panas dan akan keluar.”


Mungkin itulah yang berlaku.



Hampir setengah jam, kami habis membacakan yasssin 41. Sepanjang pembacaan kami, kakakku kata, ayah semacam resah dan gelisah. Tetapi tiada suara terkeluar. Hanya memek mukanya yang seperti tidak selesa. Aku kembali memegang lengannya, masih panas. Kami membiarkan terlebih dahulu supaya dia bertenang seketika.


Setelah 2 jam lebih, selepas siap makan malam dan semua, aku kembali ke sisi ayahku. Aku memgang kembali lengan kirinya. Panas sudah berkurangan. Cuma agak pelik sebab, bermula dari pergelangan tangannya hingga ke hujung jari sahaja yang masih panas. Betul-betul bermula di bawah rantai tangan tersebut.


Aku biarkan sahaja rantai tangan itu ditangan ayahku. Malam itu, aku berjaga malam. Badan ayahku kembali panas. Aku ambil tempreture checker. Hmm..36.5 tak demam kalau ikutkan. Aku kembali ke dapur dan mengambil kain tual kecil serta besen aluminium. Aku isikan air sejuk dan dicampur sedikit dengan air bacaan rukyah dari ustaz tersebut. Aku tuamkan seluruh badannya. Akhir sekali, aku tuamkan kepalanya. Jam menunjukkan pukul 3.20 pagi. Lagi sekali aku cek semula tempreture badannya. Suhu mencapai 37.5 darjah celcius. Aku tuamkan lagi.



Alhamdulillah..badannya kembali sejuk sedikit. Sesekali dia batuk berterusan. Dadanya aku tutupkan dengan tuala kecil. Jika diselimutkan pun, ayah akan tolak ketepi kain tu. Panas katanya.



Jam dah masuk pukul 6. Mata aku pun dah rabak. Yelah, balik kerja terus gerak balik kampung, Penat tak hilang lagi. Akhirnya aku tertidur jugak atas kerusi sebelah ayah.


(bersambung)



No comments:

Post a Comment