Wednesday, December 21, 2016

Tragedi Membawa Hikmah – Epi 6

Semakin lama, keadaan ayah seperti tidak ada progress. Hasil dari usaha kakakku meminta pertolongan seorang lelaki, bernama Wak, beberapa usaha dibuat untuk memulihkan kawasan kedai dan juga keadaan ayahku. Alhamdulillah, selepas dilakukan, keadaan ayah nampak sedikit perubahan. Tambahan lagi, abangku juga mencuba perubatan dari Kelantan. Alhamdulillah, keadaan ayah semakin nampak perubahan. Dia sudah mampu bercakap walaupun kadang-kadang tidak difahami maksudnya. Namun, responnya Alhamdulillah.


Sekarang, ayah cuma mengalami masalah batuk yang berpanjangan. Kadang kala, batuk bersama kahak yang banyak. Alhamdulillah, sekarang dia sudah mampu untuk membuang kahaknya.

Namun, kadang kala tangan kirinya berpeluh dan sejuk. Kami masih cuba berubat sehingga beliau pulih. Usaha kan yang penting. Namun, kami sekarang mengalami masalah ayah mula meracau, mudah marah dan mulutnya tak henti-henti bercakap.


Daripada butir percakapannya, dia mula bercakap dalam bahasa cina, cakap mengenai perang, agenda, propaganda, sejarah dan lain-lain. Kadang-kadang, ada di antara percakapannya, mengguris hati emak dan abangku. Namun, kami cuba jernihkan keadaan, iaitu keadaannya itu bukanlah keadaan sebenar ayahku.


Dugaan kami semakin besar apabila, dilihat keadaannya menjadi semakin tidak keruan. Seolah-olah, dia bukan dirinya yang sebenar.


Kakaku sudah bertanya kepada seorang Imam di tempat tinggalnya. Ini intipati yang hampir dengan apa yang diberitahu oleh imam tersebut.


“Ayah kamu ni, ada menyimpan barang lama. Keadaan dia memang kritikal, Tak boleh dibiarkan lama. Kena ubatkan cepat. Sekarang ni, saka ni sudah keluar masuk dari badan dia. Yang dia selalu meracau dan marah-marah tu bukan dia sebenarnya. In sha allah, kita boleh ikhtiar dengan Yassin 41. Cuma, awak sekeluarga kena redhalah. Apa jua yang jadi selepas ni, kena terima. Sekarang ni keadaan dia hanya ada 2 je, samada saka tu keluar dan dia sihat atau dia akan pergi. Adik beradik awak kena hati-hati. Sekarang ni, saka tu mencari waris yang paling rapat dengan ayah awak ni. Banyakkan amalan dan berzikir. Waris Lelaki”



Ya, kami memang kena redha, daripada dia terseksa macam tu. Walaupun jauh dari sudut hati..
(bersambung)

No comments:

Post a Comment